Sunday, 2 August 2015

SHORT VACATION 2015

Menginbau kenangan lalu...
Tiba-tiba cik kyra rindu pulak dekat kawan2 sekolah...
yela orang lain syok cuti sem kita "bersyot syem" pulak..hehehee apa2 pun cik kyra yakin diorg pn mereput je cuti dua bulan ni..hik3 so cik kyra xmenyesal okey amik syot syem :D


okeh! 1stly cik kyra nak share 1st trip busuk cik kyra pada 28march2015 dengan team kelab kembara. Memang syok abis la enjoy view kat atas Gunung Datuk ni, pagi tu dalam pukul 7 pagi kami hiking smpai pukul 10 pagi macam tu kat puncuk.. jenuh jugak panjat oii..haha..2900kaki dari aras laut bersamaan 870m perjalanannya..Cik kyra share ni so korang bolay la rasa jugak keseronokan tu okeh! ringan2 kan kaki dan tangan tu untuk hiking pulak!tak rugiii okeh! *bila pulak hiking pakai tangan..ahhaha#kelabkembaraUTHM




Okey  ni pulak aktiviti berkayak pada 8 may 2015 di Tasik Ayer Keroh dengan #kelabkembaraUTHM jugak.. syok okeh! ahaha macam2 aktiviti santai ada kat sana, bolay la usha2 kat sini ye ^_^..yang gambar bersama abang2 sado tu sebenarnya geng2 cik kyra budak2 kembara judak saje nak mencapub gambar diorang jugak kat sini kasi femes walaupun aktivit Night Run ni just in UTHM kampus je :D..hahahaa tapi juga aktivit best walaupun xmenang ap2 pingat namun sudah cukup dapat sijil n mee goreng free XD ..


Gambang WaterPark
Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam

Steamboat, Pulau Duyong
Masjid Terapung



Air Terjun Sekayu
Pantai Teluk Ketapang


Yess ni baru  betul short vacation dengan kawan2 zaman sekolah kawan2 seperjuangan drp tadika smpai masing2 masuk unibersiti..hehehhe.. Jalan2 kat negeri penyu n negeri tok gajah.. not bad bila dengan kawan2 memang seronok kan :D.. yang awak2 perlu usha ni Gambang WaterPark, Kuantan. Tiket masuk not bad xmahal sangat la kan untuk student2 macam kami ni :) sangat sesuai untuk weekend atau cuti sekolah untuk ibu bapa nak luangkan masa dengan anak2 :D .. and one more pic tu dekat masjid kristal, dan sebenarnya banyak yang cik kyra lawat kat Terengganu tu. Banyak yang best macam pantai yang lawa, makanan yang sedap dan taman tamadun Islam, pasar payang air terjun, tasik kenyir n macam2 lagi sebenarnya :D!

Okeh itu sajaaa untuk malam ni.. kalau nak cter pasal g jenjalan ni tak abis sebab cik kyra memang kaki berjalan XD .. in shaa Allah jika diberi kesempatan juga nak berjalan satu dunia *eh bukan lah berjalan kaki tapi nak menjejakkan kaki ke negera lain bumi ciptaanNya.. Ameen :")

Assalamualaikum....



RESEPI MUDAH DAN SEDAP ^_^

Resepi dan cara membuat kek coklat Yang Mudah. Hari ni cik kyra ada mood rajin than tiba rasa nak buat kek coklat! hahaaa jadi terhasilnya sebiji kek coklat yang mudah tapi sedap sangat ni*haha puji diri sendiri keee...ok firstly cik kyra nak mohon maaf sebab xcukup masa nak menulis panjang jadi cik kyra sertakan doc yang ada resepi dan bahan yang digunakan untuk membuat kek coklat dan cara memasak kek coklat sehingga siap untuk dimakan. Anda boleh rujuk resepi dan cara membuat kek coklat disini.

Dan....

Disebabkan tadi masa pergi beli barang runcit untuk membuat kek , cik kyra dapat idea nak konsikan senarai barang - barang yang dikenakan Gst dan barang-barang yang tidak dikenakan Gst. Anda boleh rujuk senarai barang di sini.







Hari ini cik kyra dah kongsi kan satu resepi yang sedap tetapi mudah untuk dibuat. Yang selama ni tak pandai buat kek pun, mesti jadi pandai buat kek. Resepi ini dijamin jadi kalau betul segala adunan bahan - bahannya. Mari kita cuba buat so boleh la buat minum petang untuk keluarga atau kawan2!! ^_^

sekian dahulu kali ini ^_^


Assalamualaikum.....

TIPS RAWATAN MUKA DI RUMAH ^_^

Wajah merupakan aset penting bagi kita terutamanya kaum hawa, wajah yang sering terkena sinar matahari secara terbuka atau idara yang panas mengakibatkan wajah berminyak dan kusam. Perlu dilakukan rawatan sendiri di rumah agar wajah kita tetap bersih dan sihat. Bagi mereka yang sering mengunakan bahan kosmetik yang mahal untuk merawat wajah mereka,dan ada juga yang lebih yakin untung membuat facial atau rawatan muka di spa atau daripada doktor kecantikan. Tapi bagi Anda yang tak memiliki peruntukan atau lebih suka berjimat untuk melakukan rawatan, jangan bimbang. Anda boleh menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk rawatan.




Cik kyra sendiri sentiasa mencuba sesuatu yang baru untuk mendapat hasil yang lebih baik.
Bahan semulajadi seperti madu dan kopi ini terlalu banyak khasiatnya. Anda mesti mencubanya kerana Cik kyra sendiri telah mencuba satu lagi cara baru tambah perahan orange juice ke dalam madu dan lumurkan ke muka dan tambahkan sedikit madu ke dalam scrub kopi dan lumurkan ke muka  ternyata sangat hebat rasanya! Kulit juga lebih mulus dan gebu..
Yang cantik tu kan tidak semestinya mahal kan :D..!

LawatI laman ini untuk lebih tips kecantikan semula jadi di rumah!

Nah Cik kyra dah share serba sedikit so boleh la start praktikal di rumah.. hehehe

Assalamualaikum..^_^



Thursday, 30 July 2015

Mat daughter's bio



 Cik Kyra Mat masih lagi 20 tahun walaupun cik kyra lahir tahun 1994 kerana ini belum 19 sept..hihi cik kyra anak ke-11 daripada 12 adik beradik..haa ramai dakk..hehe..
walaupun bercakap xkluar slenggg tapi sbnrnya cik kyra adalah anak jati Kelantan berketurunan cina siam.. haa camne tu..:D. Tinggi cik kyra 161 cm berat adalah rahsia :D tapi masih slim..hahaha!
membesar di asuh oleh ibu bapa sendiri di teratak felda Chiku 01, Gua musang,Kelantan. Mula mendapat pendidikan di tadika berhampiran rumah berjalan kaki ke sekolah setiap hari :)
memulakan langkah kanan ke sekolah namun begitu xsempat rembat kelas pertama masa darjah satu sebab daftar lambat..hihii... sebab cik kyra budak pandai jadi darjah 2 hingga darjah 6 cik kyra duk kelas pertama je memanjang (hua2 puji diri *xbaik tuu) hihii...
menamatkan pendidikan skolah rendah di SKSC1 pada tahun 2006. tahun 2011 cik kyra dengan jayanya menamatkan pendidikan skolah menengah di SMK CHIKU 02 :D. Walaupun result SPM cik kyra x gempak "selasmane" hehehe cik kyra berjaya untuk menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Melaka. Jadi kini cik kyra dah pun berjaya berada di satu tahap yang menjadi idaman pada zaman skolah dulu iaitu peringkat universiti. Sekarang cik kyra mengikuti kursus bancelors of Computer Science ( Web Technology) with honours di University of Tun Hussein Onn Malysia cehhh konon omputihh sangat sebenarnya UTHM je..heheh :D..
 Teknologi web akak2 sebab tu cik kyra mula berjinak2 dalam menulis blog ni. ^_^V
Bakal menamatkan pengajian 2tahun setengah lagi dan cik kyra nak kahwin laa dah lama si dia tunggu,,hehehee In Shaa Allah.. doa2kan..:)

Itu jelah nak share pasal diri cik kyra :)

semoga hari esok lebih baik drp semalam2 sebab tengah syot syem (short sem) ni macam2 lah dugaan utk student 1st year degree cam cik kyra ni:')..

Assalamualaikum......




Internship Experiences In PETRONAS Gas Berhad PART II

Assalamualaikum gaisss...! Diam tak diam lama tak lama, aku ni dah 3minggu tanam jagung kat rumah hahhaha *if know what i mean * :) So b...